Sejarah Ezhar

1
Kesenian EZHAR pada asalnya adalah daripada Kesenian Silat yang berasal daripada PULAU BENTAN Sumatra Indonesia.
2
Dari BENTAN Kesenian Silat ini telah di bawa ke BUKIT RADEN MAS, SINGAPURA oleh PAKGURU KANG MUNAJI BIN MUHAMMAD.
3
Di Singapura Kesenian Silat EZHAR ini telah di pelajari oleh Pakguru yang kedua iaitu PAKGURU KANG JASMAN BIN ABDUL RAHMAN.
4
Pakguru Kang Jasman kemudian telah menyambung usaha untuk mengembangkan Kesenian Silat ini di Singapura, diantara anak muridnya ialah MUHAMAD BIN KHALIL dan HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM.
5
Setelah tamat mempelajari Kesenian Silat, anak-anak murid Pakguru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu Kesenian KOMPANG.
6
Setelah di restui oleh Pakguru Kang Jasman, maka Kesenian KOMPANG EZHAR ditubuhkan.
7
Rentak Pukulan yang terdapat dalam Kompang EZHAR adalah terdiri daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada masa itu.
8
Sebahagian besar daripada zikir-zikir EZHAR dipetik dari sebuah kitab lama yang bernama DIWANUL HADRAH.
9
Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan ES’HA iaitu singkatan bagi perkataan SETIA HATI & SUCI HATI (S.H) yang di sebut dalam Bahasa Indonesia. Apabila sampai di Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan EZHAR.
10
Dari Singapura Kesenian EZHAR ini telah di bawa ke MELAKA oleh PAKGURU HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM di satu tempat yang bernama KG.SUNGAI DUYUNG / KG.JAMBATAN DUYUNG / KG.DUYUNG.
11
Dari Melaka Pakguru Haji Ramli Bin Haji Dawam telah mengembangkan kesenian ini ke KAMPUNG CENDANA KUALA LUMPUR.
12
Bermula daripada sini, maka berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya.