PILIH MENU ADAT BERADAT EZHAR
1
Penubuhan Cawangan Baru hendaklah sekurang kurangnya 20 orang ahli yang berusia 13 tahun keatas lelaki dan wanita serta mempunyai kompang seramai ahli.
2
Mengadakan Majlis Perasmian setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan serta lafaz Ikrar Perasmian di hadapan Pakguru atau Pengerusi Negeri atau Ketua MJGG.
3
Mempelajari Kesenian EZHAR menerusi Cikgu (Jurulatih) bertauliah daripada Majlis Jemaah Guru-Guru Kesenian EZHAR.
4
Menduduki Ujian Penilaian, Ujian Awal dan Ujian Akhir yang di kendalikan oleh Majlis Jemaah Guru-Guru mengikut peringkat yang akan di tetapkan.
5
Mengadakan Majlis Perkhataman [Majlis Tamat Latihan] serta menyediakan bahan-bahan yang di tuntut seperti berikut :
BAHAN WAJIB
1) Telur ayam yang telah di rebus tanpa di kupas kulit seramai ahli.
2) Ketupat yang telah di masak tanpa di potong sebanyak 44 biji.

BAHAN SAMPINGAN
a) Tempat bara, kemenyan dan air jarang beserta gelas.
b) Sejadah.

ATURCARA MAJLIS
1) Mengikuti Majlis TAWASUL dan Ikrar Perkhataman serta Penerimaan Akuan Ahli.
2) Anugerah Selempang Merah kepada Pemimpin Seni.
3) Penyampaian Sijil Perkhataman Cawangan dan Sijil Tamat Latihan Ahli.


SEBAB TELUR AYAM & KETUPAT DIGUNAKAN DALAM KESENIAN EZHAR

1
Bagaimana sukarnya menyempurnakan sebiji ketupat maka begitulah sukarnya mempelajari Kesenian EZHAR dengan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Bahagian Kesenian dan Pentadbiran.
2
Ketupat sebanyak 44 biji membawa bidalan supaya Persatuan dan Ahli-Ahli sentiasa selamat dan selisih Malaikat 44.
3
Diantara telur dan ayam tidak sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan yang tepat mana dahulu, maka didalam kesenian EZHAR Ahli Baru dan Ahli Lama sama sahaja tiada bezanya.