1 |
Kesenian EZHAR pada asalnya adalah daripada Kesenian Silat yang berasal daripada PULAU BENTAN Sumatra Indonesia. |
2 |
Dari BENTAN Kesenian Silat ini telah di bawa ke BUKIT RADEN MAS, SINGAPURA oleh PAKGURU KANG MUNAJI BIN MUHAMMAD. |
3 |
Di Singapura Kesenian Silat EZHAR ini telah di pelajari oleh Pakguru yang kedua iaitu PAKGURU KANG JASMAN BIN ABDUL RAHMAN. |
4 |
Pakguru Kang Jasman kemudian telah menyambung usaha untuk mengembangkan Kesenian Silat ini di Singapura, diantara anak muridnya ialah MUHAMAD BIN KHALIL dan HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM. |
5 |
Setelah tamat mempelajari Kesenian Silat, anak-anak murid Pakguru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu Kesenian KOMPANG. |
6 |
Setelah di restui oleh Pakguru Kang Jasman, maka Kesenian KOMPANG EZHAR ditubuhkan. |
7 |
Rentak Pukulan yang terdapat dalam Kompang EZHAR adalah terdiri daripada gabungan pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura pada masa itu. |
8 |
Sebahagian besar daripada zikir-zikir EZHAR dipetik dari sebuah kitab lama yang bernama DIWANUL HADRAH. |
9 |
Nama kesenian ini pada mulanya dikenali dengan panggilan ES’HA iaitu singkatan bagi perkataan SETIA HATI & SUCI HATI (S.H) yang di sebut dalam Bahasa Indonesia. Apabila sampai di Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan EZHAR. |
10 |
Dari Singapura Kesenian EZHAR ini telah di bawa ke MELAKA oleh PAKGURU HAJI RAMLI BIN HAJI DAWAM di satu tempat yang bernama KG.SUNGAI DUYUNG / KG.JAMBATAN DUYUNG / KG.DUYUNG. |
11 |
Dari Melaka Pakguru Haji Ramli Bin Haji Dawam telah mengembangkan kesenian ini ke KAMPUNG CENDANA KUALA LUMPUR. |
12 |
Bermula daripada sini, maka berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya. |