31 Mac 2007 : Kompang & Silat EZHAR “Live” di TV 9

Pasukan Kompang & Silat EZHAR di bawah pimpinan Cikgu Jalaluddin Masot [JALAL KOMPANG] & Cikgu Abdul Rahman Mohamad dalam :-

Program : Siaran Langsung “Malam Kemuncak Cinta Persandingan 3 Pasangan Cari Menantu” di TV 9
Lokasi : Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya [PICC]
Tarikh : Sabtu 31 Mac 2007, 8.30mlm

<31 Mac 2007 Sabtu 8.30 malam> Persandingan 3 pasangan CARI MENANTU terbitan tv9

Pasukan Kompang & Silat EZHAR telah di jemput bagi mengiringi 3 pasangan pengantin pada “Malam Kemuncak Cinta” Persandingan 3 pasangan Cari Menantu tv9. Majlis ini telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya [PICC] [ siaran langsung di tv9 dari 8.30mlm – 10.30mlm]

Pengantin di arak dengan paluan kompang tepat 8.30 malam dari pintu masuk PICC menuju ke Dewan Utama di tingkat bawah melalui tangga bergerak [escalator] 3 pasangan Pengantin di escalator tengah dan pasukan kompang di escalator kanan & kiri pengantin [3 escalator selari], amat menarik sekali.

Sampai sahaja di pintu masuk dewan, pengantin di persembahkan dengan pencak silat oleh Pasukan Silat EZHAR.

Kepada 3 pasangan pengantin CARI MENANTU; Pasukan Kompang & Silat EZHAR mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU Semoga Kekal Bahagia Hingga Hujung Nyawa.

Terima Kasih juga pada rakan Sahabat KLFM Fadzil Hisham yang banyak membantu hingga terbitnya www.jalalkompang.com [dahulu dengan nama  http://jalalkompang.tripod.com ]

This entry was posted in Siaran Langsung TV. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *